December 31, 2013

ENDING 2013


Assalamualaikum.

hai.. baru jumpa semalam.. hari nie nak tulis pasal entry di akhir tahun 2013. kita akan selalu cakap cepatnya masa berlalukan.. tapi tuu lah kenyataan hidup sekarang. saya baru lepas baca entry penutup saya pada 2012. tengok skang saya nak tulis entry penutup 2013 plak.. terasa mcm kemarin je baru masuk tahun baru.. 

itu lah hakikat kita sebagai manusia dimuka bumi.. apa yang paling saya bersyukur pada tahun 2013 saya masih dikurniakan kasih sayang dari kedua ibu dan bapa saya.. alhamdulilah.. semoga mereka sentiasa dipanjangkan umur agar saya diberi peluang untuk membahgiakan mereka. amin.. masih jauh lagi pejalanan hidup saya masih banyak lagi yang harus saya tempuh dalam tahun baru 2014 nanti.


walaupun tahun 2014 merupakan tahun yang cantik dalam hidup saya kerana tarikh lahir saya pada 14.02. jadi pada tahun ini akan jatuh lah tarikh yang menarik 14.02.14 .. alhamdulilah. harap saya diberikan kesempatan untuk meraikannya disisi bonda, ayahda, dan keluarga tercinta. 

apa yang boleh saya kata kan tahun 2013 adalah tahun yang sangat mencabar dalam kehidupan saya bergelar gadis 22 tahun. tahun ini lah saya meneruskan penjalanan baru sebagai student kembali tetapi dengan gelaran yang lebih tinggi. dalam usia yang semakin meningkat harus bersaing dengan pelajar pelajar yang lebih muda dan bijak dalam pelajaran mereka. dan itu lah yang harus saya tempuh sehingga tahun 2016 nanti. in shaa Allah..

jika dipikirkan kembali ada baik nya jika masa itu berlalu dengan pantas. agar saya diberikan peluang untuk membantu keluarga. tidak lagi membebankan malah memudahkan urusan mereka.

 akhir kata,,, saya sebagai insan biasa,,, ingin berterima kasih kepada insan insan dan teman teman yang telah muncul dalam hidup saya sepanjang tahun 2013  ini..  insan dan teman itu yang banyak memberi inpirasi kepada saya untuk menjadi manusia yang lebih baik dan berdikari.. terima kasih..

kenangan dalam tahun 2013 akan sentiasa dikenang dan akan menjadi satu kenangan yang boleh mematangkan diri supaya menjadi insan yang lebih baik disisi Nya, keluarga , rakan rakan dan insan insan yang baru yang bakal muncul pada tahun 2014 kelak.. amin..


in shaa Allah.. jika dipanjangkan umur saya akan terus menulis blog dan entry kisah hidup saya sepanjang tahun 2014 pula.. walaupun sedikit tapi itu lah kenangan abadi saya buat diri ini dan insan yang mengenali diri ini... TERIMA KASIH dan JUMPA LAGI DI TAHUN BARU 2014. papaii...

December 30, 2013

FINAL COME AGAIN



Assalamualaikum.

Hai.. heee lama sungguh tak sentuh and update my blog. dekat sebulan jugak.. memang terlalu busy dan tak ada masa langsung tangan nie nak menaip cerita-cerita menarik.. kalau boleh nak hari hari update. supaya adalah kenangan tapi apa kan daya..

lepas satu satu peristiwa yang terjadi.. sedar tak sedar dah start balik final exam macam semester semester yang lepas. cepat betul masa belalu.. tapi elok lah jugak tak sabar dah nak abis belajar nak merasa pengang duit sendiri plak kan.. boleh beli kereta "Vios"... hee my dream car.

okey okey.. dah banyak melalut plak.. yelah tangan nie tak boleh kasi peluang menaip, kalau dh dapat menaip ada je nak cakap.. klau tak menaip senyap sampai sebulan.. heee...okey bebalik kepada tajuk entry,, final exam semakin hampir dan 2013 pun hampir melabuh tirainya. apa yang boleh dikatakan perasaan pada saat ini adalah sangat takut. walau sebenarnya belum start satu pun nota yang nak study.

itu lah hakikat bila bergelar sebagai seorang pelajar, bila dah dapat result nt baru nak menyesal.. harap harap bukan pada diri ini In Shaa Allah.. Amin... sem nie start awal tahun baru jee dengan paper pertama pada 2.1.2014. Paper Nutrient. kemudian 8.1.2014 , yang nie berat sungguh nak bagitahu mane tak nya ada 3 paper skali gus dari pagi sampai petang.. berat mata memandang berat lagi bahu saya nak pikul.. apa kan daya.. semua kena diteruskan dengan usaha, doa, dan tawakal. terakhir sekali 1 paper pada 10.1.2014 malam.. 



Buat masa skang saya kena ubah sikap kena lebih bukak buku dari bukak Fb, blog, itu ke ini ke.... supaya saya tak kecewakan harapan abah mak yang selalu mendoakan kenjayaan anaknya ini.. In Shaa Allah saya akan cuba buat yang terbaik.. "jika saya yakin saya boleh saya pasti boleh melakukan yeah!!". okey jumpa lagi k.. doakan kejayaan saya untuk penutup 2013 ini dengan jayanya.. amin.. papaiii...




November 19, 2013

THREE YEARS


Assalamualaikum.

sorry sebab lama tinggalkan blog.. dan tiba tiba muncul bagi entry tajuk pelik plak.. tak pe lah mungkin awak awak semua tak perlu tahu lebih detail.. biar hati ini sahaja berbicara hihi..

back pada entry.. saya nak ucapakan terima kasih kepada insan yang tersirat dalam penulisan entry saya hari nie.. terima kasih banyak banyak atas segala pengalaman terindah, pahit, manis, tawar, riang dan kecewa yang telah awak ukirkan dalam hati saya.

 hanya itu jee ucapan yang mampu saya ungkapkan pada waktu skng,, masa berlalu dengan pantas tanpa saya sedari ia sudah berlalu sehingga ke tahap ini,, terima kasih.. saya berharap semakin banyak masa yang dilalui bersama semakin banyak lah pengalaman dan kenangan yang akan kita cipta. in shaa Allah. harap ia berlalu dengan manis dan halal disisinya.

lastly,, thanks you so much for every thing AA..

October 21, 2013

SEDIKIT ILMU CINTA


Assalamualaikum.

hai semua.. lama tak jumpa.. sorry saya busy dengan Test dalam masa seminggu yang padat dan sangat sangat lah padat. After abis test tiba-tiba mood cinta tertiba. adakah sudah jatuh cinta?.. ohhh yeke? hahah entah lah mungkin jugak.. tapi apa yang sangat menaarik nak dikongsi dalam blog sendiri memandangkan sejak kebelakangan ini tak de topic menarik nak disampaikan,, jadi saya ceter lah sikit ilmu cinta yang saya dapat dari Teman tapi Mesra saya hihi.. selamat membaca.



TANDA LELAKI SAYANG KITA SEBAGAI TEMAN WANITANYA

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Sumber dari : Gempak.org


okey itu saja dari saya elissa untuk entry kali ini.. renung-renungkan ya dan selamat mengelamun buat diri sendiri adakah Ciri-ciri diatas ada pada Kekasih saya ya.. hihi entah!! harap-harap lah ada, klau ada bahagia smpai jingjang pelamin dan akhir hayat.. wink..wink **
 jumpa lagi next entry.. papaiii

October 6, 2013

AIR MATA


Assalamualaikum..

Hai semua.. hari nie tangan sibuk nak menulis kenangan semalam 5.10.2013 walaupun tahu esok ada test 1. patutnya tumpukan pada study kan tapi apa kan daya entry yang nak ditulis nie terasa terlalu istimewa kalau tak ditulis rase menyesal dikemudian hari bak kata perpatah masa yang lalu tidak dapat berpatah kembali hanya kenangan yang akan disimpan abadi..

Back dengan tajuk entry rasanya sesuai kot tajuk tu,, sbb dah tak de idea nak buh tajuk apa dah,, biarlah air mata siapa,, mengapa dan dimana hanya tuan punya blog yang tahu dah Tuhan yang maha esa..


Apa pun terlebih dahulu ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga atas segala pengorbanan yang telah dilakukan demi kebahagiaan ini.. air mata yang jatuh dipipi itu akan cuba dijadikan kenangan dan semangat untuk mempertahankan apa yang telah terbina sekarang.



Tak de apa yang menarik tetang entry kali ini cuma ingin dijadikan kenangan buat diri sendiri agar bila sudah tiada nanti masih boleh dikenang oleh orang dan insan tersayang. ribuan terima kasih untuk hari yang terindah buat diri ini. Pesanan ikhlas dari hati : "mohon agar suatu hari nanti tajuk & tujuan entry ini untuk siapa akan terasa.." 

October 2, 2013

SEMOGA BERJAYA ADIK


Assalamualaikum.

Hai semua.. hari nie nak wat entry tuk adik tersayang.. hari nie pengalaman pertama dalam hidup dan pengalaman seumur hidup dia menghadapi  Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). apa yang boleh dikatakan oleh seorang kakak kepada adik ialah lakukan yang terbaik, semoga keputusan peperiksaan nanti boleh mengubah masa hadapan anda k sayang..


Harap-harap dapat buat yang terbaik, usaha, doa dan tawakal okey. bila bejaya nanti boleh masuk sekolah berasrama penuh atau MRSM. dari situ akan dapat banyak pengalaman tentang erti kehidupan, dan boleh bergaul dengan orang orang yang cintakan ilmu.

Apa pun sorry kakak tak telipon semalam, sbb betul betul lupa ingatkan minggu depan PMR nya tuu.. hehe.. thanks jugak sebab call kasi tahu balik.. kakak kat sini doakan yang terbaik untuk Effa k. banyak kan Selawat, dan buat lah apa yang termampu klau kita betul2 usaha ingin berjaya, Allah pasti akan menolong kita. Insyallah.. 

untuk kawan-kawan adik-adik yang sebaya dengan adik saya, saya doakan semoga tenang didalam dewan peperiksaan nanti.. lakukan yang terbaik untuk masa hadapan anda. Masa anda sekarang!! akan menentukan masa hadapan anda nanti... To effa : good luck and I always Love You :)


October 1, 2013

WELCOME OCTOBER


Assalamulaikum.

Hai my blog.. sorry lama tak sentuh dan menaip, telalu busy lepas start semula kelas. busy balik tiap-tiap minggu, busy memikirkan masalah, busy makan, busy basuh baju,, sume lah busy sebab tuu tak de masa untuk awak k.. saya mintak maaf.. hehe

Pejam celik pejam celik busy punya busy rupanya dah masuk bulan october.. memang cepat masa berlalu betullah lah cakap pensyarah hari tu bila kita tengah belajar nie lah kita akan rase masa itu berlalu dengan panntas sekali, sekarang pun dah second years kat sini.. dah second time taking a examination. so so fast!!

Minggu depan minggu kelima kat sini, minggu yang paling lemah, lemah segalanya ... lemah tenaga untuk perah otak, bukan apa Test 1 akan tejadi pada minggu itu.. dalam keadaan yang excited nak balik time tuu lah ada ujian yang payah.. berat rasenya bila tahu semua subjek sem nie agak lah S.... haisshh..

Minggu nie lah jugak ada hal nak jumpa kawan-kawan lama yang dah lama tak jumpa.. berat nak buat keputusan. walaupun tahu Test lagi penting tapi hati meronta-ronta hendak berjumpa.. klau lah diri boleh dibahagi kan 2 , satu study untuk test satu gi lepak ngan kekawan.. tapi apa kan daya kena wat keputusan yang tepat jugak..



Apa pun harap.. apa yang akan berlaku dalam test pertama nanti harap hati ini boleh redha.. dan boleh lakukan yang terbaik untuk masa hadapan, sebab Test 1 nie lah penentu keputusan Final nanti.. yang boleh diucapkan untuk entry kali ini Selamat Datang October, semoga awak menjadi yang terbaik untuk saya.. Amin..



September 9, 2013

Engagement 2



Assalamualaikum..

Maaf lama sungguh tidak mengupdate cerita-cerita terkini selama 2 bulan.. bukan apa ini kerana sikap yang terlalu malas kerana terbawa bawa mood mood cuti sem bersama sama.. hihi.. setelah 2 bulan berehat saya terlah membawa berita gembira untuk my.blog..

Tengok tajuk pun dah tahu kan... cume dia dalam bahasa orang putih je lah.. setelah genap setahun engagement berlalu pada 18.09.2012 , saya membawa semula khabar gembira untuk engagement versi 2.. untuk memendekkan cerita yang pasti dan paling tepat ia bukan engagement saya,, hihihi..

Berbalik kepada tajuk.. pada 7.september.2013 bersamaan hari sabtu yang lalu Husna Hafiza Binti Salleh atau lebih dikenali dengan panggilan Una telah pun selamat menjadi tunang orang.. taniah sayang i ucapkan.. sorry tak dapat datang.. apa-apa pun segala teka teki kita berenam telah pun terjawap apabila antara kita awak lah yang dulu ya.. hihi.. 




sekali lagi ucapan taniah dari saya.. kita mula berkawan dari umur kita 19 tahun di Politeknik Sultan Idris Shah. banyak kenangan manis dan pahit kita bersama dan kini awak telah pun bergelar tunang kepada Encik Adam. tiada apa yang dapat diucapkan selain ucapan, sekalung taniah dan insyallah pada hari berbahagia awak nanti kami berenam akan bersama-sama dengan awak diatas pelamin yang indah,,, itu sudah pasti.. hihi.. taniah sayang..

Inilah kami berenam.. cantik cantik kan 


Lastly... husna dan adam semoga tabah menghadapi dugaan semasa bertunang dan semoga kita berjumpa dijinjang pelamin anda nanti.. I miss You Husna Hafiza.. tahniah...


Jumpa di next entry.. papaiiii


July 10, 2013

FIRST RAMADHAN


Assalamualaikum

hai sume... selamat berpuasa kepada seluruh umat islam didunia .. semoga ramadhan kali nie lebih baik dari tahun sebelumnya okey..

selamat berpuasa..




July 5, 2013

BULAN BARU YANG CERIA


Assalamualaikum

Hye semua.. sorry lama tak update cerita terkini hiburan sengsasi tentang diri sendir,, heee... bulan julai yang sangat busy buat diri saya .. bulan yang happy dan gembira dan akan dikenang sampai akhir hayat..insyallah.. amin.

Now.. i have graduated my Diploma pada 4.julai.2013semalam... alhamdulilah.. happy sesangat mulakan bulan julai dengan hari bahagia saya, walaupun bukan hari bahagia macam kwan-kawan lain yang selamat bertunang dan berumah tangga. tapi satu step atau kebahagian dalam hidup memengang segulung Diploma.. Dan insyaallah 4 tahun agy memengan segulung Ijazah pulak..

Amin pemulaan hidup selepas bergraduat secara Rasmi.. alhamdulilah.. bagi kekawan yang telah berkerja berkerja lah dengan bersungguh sungguh k.. jagan lupa bayar duit PTPTN 15k too k.. hee kepada diri sendiri selamat meminjam semula duit 43k haha bnyak nye.. boleh kawin 4 kali.. hihi

 
Apa-apa pun kenangan kita selama 4 hari dari 1-4 julai akan aku kenang sampai bila-bila akan menjadi satu kenangan yang abadi seumur hidup.. segala gambar yang telah ditangkap itulah akan menjadi kenagan yang akan menceritakan memory kita bersama... 

Aku pasti akan merindui kenangan kita bersama.. tak kan aku lupa.. kita akan kawan sampai bila-bila okey sesayangku... akhir kata kepada kekawan yang telah selamat bertunag tuuu jangan lupa jemput makan nasi minyak awak sume k.. dan kepadayang sudah mendirikan rumah tangga semoga berbahagia ke akhir hayat dan dapat baby yang comeycomey macam auntie dia nie auntie elis.. haha

untuk gambar kenangan akan di update sedikit demi sedikit.. selamat menonton nanti hehehe,,enjoy my image secara rasmi ya sebagai pemengan DIPLOMA dalam Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan), Politeknik Sultan Idris Shah konvokensyen ke-8 2013..


June 18, 2013

UNTUK KALI KE-2 KE PKU


Assalamualaikum..

hai sume.. lama betul tak update hari nie dah petengah bulan jun dan nak akhir bulan jun dah kan.. almaklum lah still busy dengan paper-paper akhir final exam.. tak menang tangan nak tulis blog sambil berstudy.. tapi hari nie nak story sikit the latest tentang diri saya.. 


tak de lah hot atau exclusion sangat.. tapi ada lah sikit story yang menguji ke imanan di saat-saat final exam tengah berjalan.. hehe mana tak nya masuk kali ni dah 2 kali saya jejakkan kaki ke pusat perubatan universiti.. memang lah tak salah kesana.. klau boleh biarlah dielakkan.. hee tahulah dah termasuk dalam yuran yang kita bayar tu... pergi kesana pun tak pakai satu sen pun duit tenaga je kita pakai.. tapi tak shook lah klau setiap sem mesti nak kena pi sana.. hee

okey bebel je panjang.. kali nie saya ke sane bukan sakit yang sama mcam dulu.. dulu sebb melecur kaki kena iron kan kali nie kena gatal-gatal plak.. gatal-gatal macam saya kena sem depan dia datang kembali,., apa nak wat rase hati nak balik je sebb ada gap 5 hari sebelum tggu last paper jumaat malam tapi tak sampai hati plak nak susahkan mak ngn abah.. jadi saya ambik keputusan lah nak ke PKU,,, sebb dah kena marah ngn babel dengan orang tuu.. hahah


saya pun naik lah bus... pusing dulu satu U .. sbb naik bus kan kena lah ikut step by step.. smpai je kat flat ikan saya pun cakap ngn abg driver bus "abang benti kat PKU boleh".. abang tu garang sangat menakutkan.. hee .. tpi baik hati jugak benti.. hee alhamdulilah. smpai dalam PKU hari isnin nie 17.jun.2013 dalam pukul 2 lebih petang, ambik no nasib tak ramai orang sakit hari tuu jadi cepatlah no saya naik.. no betuah hari tu 1308.. hee

naik je no nurses terus ambik kad matrik, pastu suh gi bilik no 6, tunggu lah time tgah tnguu tu nasib badan tak gatal-gatal sangat.. cuma ada kesan sikit senng sikit nak tunjuk kat doktar kang cakap saya main-main plak hee... duk punya dukduk tak lama pun duduk sebenarnya masuk lah jumpa doktor..

kat dalam bilik doktar tuu lah tak shook tuu... sebb dah tahu dah apa akan doktar cakap.."awak nie alergic nie.. awak kena cucuk jugak, klau tak cam ne awak nak ambik paper exam".. haaa kena cucuk "tapi doktar saya dah penah kena cucuk dah dulu,, saya penah kena cam nie jugak sem lepas sama macam time exam macam nie jugak".. "tak pe effect ubat nie 4 jam je.. klau awak tak cucuk nt awak terus garu apa keja pun awak tak leh wat.. nt lagi terus dia merebak dan tggalkan parut.." akhirnya aku mengalah jugak lah sebb doktar tuu mmg cantik gila aku cakap.... leh cair dibuatnya.. hahah

doktar pun suh gi bilik 37... tukar bilik agy by step betul lah PKU nie teratur je.. smpai sana tggu jugak no aku naik.. 1380... aku pun masuk nurse tu tnya"elisa ya??" aku anguk2 je.. okey awak pi baring kat bilik belakang tuu ya ada katil kosong nt saya datang.. apa baring alahhh dah lah ada 4 katil je mmg tggal satu je lah katil kosong... aku pun pergilah kat katil tu... aku tak baring takut sangat lah katanya.. duduk je bersila atas katil.. pastu nurse tu dtg awak baring lah.. dia pun pergi bilik sebelah.. aku dengar lah apa dia cakap kat budak sebelah aku tuu.. "adik nurse cucuk sikit ya,, dia sakit sikit lah tahan ya.".. alamak time tuu aku dh kecut perut dah.. 



lepas 5 minit nurse tuu kat sebelah katil aku.. nurse pun datang kat aku.. dia cakap "elisa ya.. " aku cakap lah "ah a"... saya cucuk 2 suntikan ya... "apa 2 " dalam hati aku... mak oiii  sekali 2 dia bagi.. hemmm .. nurse tuu bebal agy terang kan apa jenis ubat tuu "okey nie ubat......blahhhh...blahhh.. nie ngtuk sikit nt awak balik jgn wat keja berat k terus rehat".. yang blahhh balhhh tuu aku tak dengar sagt sebb time tuu dh gigil stu badan, aku takut lah katakan.. hahah... last..last

inject lah jugak kat bahagian buntut,,, hahaha mak oiii mmg sakit n kejang dibuat nya rase mcam nak tito trus kat wad tuu tak nak keluar.. hahah lama jugak lah aku terbaring sebab mmg kejang sangat.. dalam 15 minit aku goyang-goyang atas katil tuu rase cam boleh berdiri sikit tuu.. aku pun keluar lah.. nak kena cepat plak sebb aku takut effect ubat tu nanti ngtuk... dah lah naik bus kang tak pasal-pasal tertidur kat mane-mane kang.. sbb ubat tu mengtuk kan nurse dah cakap tadi hehe..


sebelum balik tuu ambik lah ubat makan dan ubat sapu gatal-gatal kat phamacy.. free je.. tak yah bayar.. then,, aku pun naik bus kat kpz.. berani jugak lah aku cakap ngn pakcik tu, nak wat cam ne malas nak tukar bus bnyak kali "pakcik benti serumpun boleh" pakcik nie lagi nampak garang.. haa aku redha je lah janji dah cuba cakap.. lama jugak tunggu... dekat 15 minit jugak sbb tak de orang dalam bus tu pakcik tu mals nak jalan mcm membazir lah kot minyak dia.. last masuk lagi orang dalam bus baru lah pakcik tuu jalan... sampai je kat serumpun.. pakcik tuu pun benti kan lah aku disitu.. 


alhamdulilah...  perjalan aku yang sempurna di permudahkan oleh Allah s..w.t.... aminn ya rabbal al amin.. hee.. belum abis agy... jalan lah aku berjalan kaki ke bilik.. nasib tak pengsan masih boleh nmpak jalan lah kiranya... sampai aku kat bilik roomeet tnya lah itu ini.. aku pun jawap... last-last aku dah telentang atas katil .. bila aku terjage rupanya dah teridur... bukan sume nie mimpi okey.. nie bukan cobaan tapi betul-betul.. tertidur sebb apa sebab penangn ubat y di cucuk itu heheh... dekat 2 jam aku tertidur..

Alahamdulilah... itu sahaja lah untuk entry kali ini.. hee jumpa next entry... harap-harap saya sihat lah dan tak sakit agy... amin ya rabbal al amin..  papaiii :)

June 6, 2013

DIP & DIG ITU BERBEZA


Assalamualaikum..

hai.. baru semalam buat entry hari pun terasa nak wat entry jugak.. bukan apa sejak nak final nie emosi tergangu sikit.. jadi tak de tempat nak mengadu. kasih. sini je lah tempat bermanje dan mengadu nasib.. hee

apa yang boleh ditulis adalah perasaan yang datang dari hati yang terasa sunyi.. dan tertiba terkenangkan zaman muda mudi dahulu kala semasa masih menuntut di politeknik.. waktu ambik diploma dulu perasaan tak sama macam sekarang berbeza sangat.. betul lah apa orang kata klau mula-mula tak suka benci lama-lama jadi rindu dan sayang..





itu lah perasaan aku masa ini.. bila duk sorang-sorang menghadap ilmu untuk jawap soalan final, terimbas zaman dip, happy je.. susah payah dengan kawan yang sama, jatuh bagun ngn kawan yang sama, semangat setia kawan tu tinggi.. sampai skang pun alhamdulilah boleh together gether lagi.

bukan aku nak cakap zaman dig nie tak best, tak setia kawan.. cume perasaan tu beza sikit.. bila semakin membesar. keputusan pun dibuat sendiri kan,,, klau dulu selalu tanya pandangan kawan,, ini okey tak itu okey tak. tapi skang sume kena wat sendiri.. kena kenal kawan baru kena berani, kadang-kadang kena belajar lonely .. kadang-kadang tak dapat cari best friends macam zaman dip dulu.. dah tua-tua nie sume percaya pada diri sendiri sahaja..

klau rindu ke sunyi ke terpaksa lah cari kawan lama.. tempat bermanja.. yang boleh close.. orang cakap kawan dig nie susah cari yang betul-betul boleh faham kita.. bukan tak ada langsung,, tapi susah sikit lah




apa yang boleh diungkapkan untuk entry kali ini.. aku rindu sangat zaman Dip dulu... tapi zaman Dig skang kena jugak aku tempoh demi masa depan yang cemerlang dan gemilang :)
selamat tinggal zaman DIP hanya tinggal kenangan.. selamat datang zaman DIG...

June 5, 2013

BULAN BARU... FINAL PUN MENJELMA


Assalamualaikum..

hai,,, hello... harap okey2 aje dimana juga anda berada.. hari nie nak bukak bulan baru dengan entry yang suam-suam kuku... bulan nie bulan yang paling hard banyak benda kena lakukan walaupun hanya duduk di meja.. boleh stree jugak kalau duduk je.. abis tu tak kan nak bediri kan pelik lah plak.. heheh

apa yang bediri.. apa yang duduk... aduhaiii otak2 banyak sangat berfikir lah tu,, cukup lah ko sorang je pening elis jgn peningkan kepala orang lain.. mana tak nya bulan nie lah bulan full aku akan duk kat atas kerusi menghadap meja dan akan dihidangkan dengan ilmu-ilmu.. supaya dapat menjawap final exam yang akan berlangsung pada 10, 13, 14. 14, dan jarang yang lama 21.6.2013..

cepat betul masa berlalu.. klau tak silap baru ada wat entry pasal final nie.. pejam celik- pejam celikmdah nak abis study exam n nanti bulan 9 masuk sem baru.. OMG.... cepat betul dan aku pun akan semakin meningkat usia... 

apa pun skng kena banyak focus untuk paper yang lima nie.. bukan calang-calang paper pecah kepala jugak lah nak jawap nt klau tak mula dari skng.. hari nie pun dan rabu, 5.6 ada agy lima hari tuk empat paper yang dekat-dekat tarikh dia tuu.. hemmm

okey-okey jangan mengekuh elis tak baik k,, buat lah sehabis baik yang ko mampu k.. aku yakin ko mampu.. ini untuk my future life.. igat ada future husband je ke.. life pun kena focus jugak..



"Ya Allah ya Tuhan ku ... sesungguhnya kepadaMu hamba memohon pertolongan.. lapangkan lah dada dah hati hambamu untuk memberi tumpuan tentang apa yang ingin dibaca  serta permudahkan lah untuk menjawap soalan final nanti .. amin..amin ya rabbal al amin."

kepada kawan semua wish Me LUCK k... Thanks You :)

May 31, 2013

MAAF INI HIMPUNAN MEI


Assalamualikum..

hai sume... hemmm lama sudah tak update my blog nie... bukan apa sangat-sangat busy yang melampau.. tak leh n tak de masa langsung nak update.. nie pun barulah dapat rilex sikit n cuba nak jugak nak update untuk himpunan bulan Mei...

apa yang boleh dihimpun bulan mei sangat banyak sejarah dan kenangan yang happy untuk diri ini. telalu bnyak yang nak diceritakan tetapi telalu banyak untuk di ungkapkan.. seronok sangat ,, hanya tuhan sahaja tahu, betapa beratnya nakmeninggalkan bulan mei.. :(

tak tahu mane yang nak dimulakan dulu, hanya gambar atau papan wajah yang dapat menceritakan segalanya. banyak sangat kenangan manis,, thanks to my friend and my love-love family.

lastly terima kasih untuk semuanya.. saya pasti akan rindu Mei 2013 ...

May 2, 2013

HIMPUNAN APRIL


Assalamualaikum..

hai semua.. heee aduh lama sungguh tak buat entry baru, sibuk sangat banyak betul kejadian yang berlaku diakhir-akhir bulan April ... ada yang manis dan ada yang pahit yang akan dikenang sebagai memori yang terindah dalam hidup.

dimulakan dengan 24/4/2013....  bukanlah satu kejadian yang manis dalam hidup.. tapi satu pengajaran buat diri sendiri agar lebih berhati-hati... malu sebenarnya nak ceter tapi apa kan daya nasi sudah menjadi bubur.. hehe... tarikh kejadian itu berlaku pada hari rabu, masa tu otw nak ke kelas fsiologi,  biasa lah student pergi ke kelas dengan menaiki bus,, dan pada masa itu memakai baju kurung.. konon nampak ayu lah wana pink.. nak dipendekkan cerita, Jatuh bus, ulang balik Jatuh bus.. apa yang jatuh owang yang tulis nie lah yang jatuh.. hee... masa tu memang tak rase sedikit malu pun,, dia macam seolah-olah blur dan sperti diawang-awangan saja tgok-tgok kepala lutut sudah cecah ke tanah.. hee.. masa tu cuba untuk bagun tetapi gagal bukan sebab tak bedaya, rupanya kain yang dipakai itu tersangkut di skru pintu bus.. hemm nasib ada seorang boy chanise yang tolong masa tu... bila dikaji balik rupanya skru bus tu lah punca segala-galanya.. (mencari salah orang lain padahal salah sendiri saya...saya)...



kemudian pada 25/4/2013...  nie pun bukan lah cerita yang happy tapi tak sedih jugak lah.. macam suam suam kuku je,, hee bukan apa pada hari khamis tu tamat lah sudah kajian lab bersama-sama adik ditaska.. kajian tu merangkumi subjek sem ini iaitu psikologi pekembangan kanak-kanak.. setelah berapa minggu dengan adik-adik ditaska akhirnya kajian berakhir jugak, banyak pengalaman yang diperolehi dengan adik-adik disana , rase cemburu pun ada jugak bila tgok taska diowang , bila berada di situ trase nak jadi budak-budak balik.. heheh... adik-adik disana telah banyak menyimpan kenangan yang sweet untuk saya terima kasih adik-adik... semoga berjaya kelak..



himpunan terakhir ialah pada 30/4/2013... apabila dapat dating dengan insan tersayang benama sahabat.. piqa dan ekin... sangat best kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan.. kami lepak dari pukul 10am sampai 12am... petama kali lepak lewat malam.. hee terase macam nakal plak buat cam tu.. tapi tu lah nama nya kenangan.. thanks honey ku.. kita makan burger bakar n chicken chop sesama.. heee mis you all,, next time dating lagi k...



akhir kata... pengalaman sepanjang april ada yang manis dan ada yang pahit.. yang pahit tu kita buang jauh-jauh dan ambik sebagai pengajaran.. dan yang manis tu kita simpan sampai akhir hayat... :)

April 20, 2013

SOFTBALL


Assalamualaikum..

hai semua harap sihat sihat sahaja.... aduhh ngtuknya... penat sangat sebab minggu nie sangat lah busy.. memang susah nak dapat rehat.. lepas satu satu benda dan pekara yang nak dilakukan.. dengan aktiviti lagi dengan assignment yang banyak lagi tetanguh.. sangat stress tapi happy. 

banyak pengalaman yang dapat dikumpul sepanjang minggu ini..  pengalaman yang tak mungkin kembali semula,, walaupun penat tapi bebaloi dengan ilmu yang diperolehi.. yahooo

pada isnin 15.4.2013 hingga 17.4.2013.. saya dan rakan-rakan telah menyertai satu pertandingan softball inter collage kami.. penyertaan ini memang tak dijangka, pada mulanya hanya suka suka saja.. almaklumlah lagi lagi si elissa tu mane penah nak exercise ....pemalas sebab tu g****.. heheh



kejadian yang tak disangkakan itu telah menimbulkan satu minat yang mendalam dalam diri kami.. kami redha atau bak kate kasar main bantai je lah masuk pertandingan tu dengan hanya 2 kali sahaja training.. hahha.. akhirnya kami menang sangat.. heheh..



tapi apa yang penting kalah ke menang adat dalam pertandingan pada collage yang menang tu tahniah lah ya.. sebb dapat pelawan yang telalu hebat sangat macam kami nie.. heheh.. next years insyallah kita jumpa lagi mungkin kami lebih baik dari sekarang.. amin

apa pun yang paling penting dalam game nie .. bagi saya sendiri ialah semangat setia kawan.. walaupun kami tidak saling mengenali tetapi ilmu dan kemesraan itu kami kongsikan bersama..  dan yang paling penting dalam hidup kita perlukan pengalaman.. jadi ini lah pengalaman yang paling terindah.. thank you :)

April 4, 2013

BIRTHDAY BOY


Assalamualaikum..

hai sume.... selamat hari khamis 4.4.2013... semoga happy and bahagia selalu disamping yang tersayang.. hari nie nak wat story tetang birthday boy.. heee

nama pun birthday boy kan.. mesti lah lelaki.. tapi lelaki macam mane tu.. tu tak dapat nak jawap lah dalam entry nie.. klau tak special tak kan wat entry plak kan.. hahah .. main teka teki plak,,, mesti bengang ..

tak de apa yang menariknya dengan entry kali nie.. tapi bagi saya hanya untuk kenang kenangan .. mne tahu satu hari nanti boleh lah tengok balik.. ada jugak insan istimewa dalam hati.. kononnya lah.. hahah ..

okey lah kepada birthday boy yang terasa entry nie.. 
happy birthday sayang... ooopppss sayang plak..



happy birthday AWAK saya ucapkan semoga panjang umur.. dimurahkan rezeki.. and bahagia dengan family serta insan tersayang okey,, semoga perjalan hidup awak diberkati dan dirahmati olehNya..

yang terpenting.. saya doakan semoga apa yang terlah terjadi.. akan menjadi satu semangat baru buat awak untuk menjadi yang lebih baik.. akhir kata.. NO ayat sweet sweett... hee happy birthday :)

ini cake khas untuk awak sorry lah dapat tengok je lah ya.. hee


March 31, 2013

MUSEUM CHOCOLATE


Assalamualaikum..

hai semua selamat malam.. selamat berhari minggu . hehe .. hope happy-happy saja okey.. tadi bersamaan dengan 30/3/2013, kumpulan Baksis 23 & 26 UPM telah mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang chocolate dekat damansara...



kami bertolak dalam pukul 9.30 pagi dari U, perjalanan yang amat menyeronokkan ada suka dan ada yang suspend sikit lah... hehe klau nak ceter yang happy memang sumenya happy sangat hari nie..  banyak pengalaman baru dan ini lah jugak kali pertama saya keluar mengikuti rombongan upm.. hahah macam kelakar tapi kenyataan.. tu maksudnya diri ni tak berapa aktif lah.. bukan pemalas tapi busy dengan aktiviti lain.. hee

perjalanan yang amat menyeronokkan dengan telatah drive bus yang happening kira boleh sekepala dengan penumpang.. tak jemu melayan kerenah penumpang penumpangnya.. heheh terima kasih pakcik.. Dalam happy happy tu ada jugak lah selit sikit suspent, mane taknya pakcik tu bawak bus macam F1, nasib baik saya tak tergolek pakcik.. hehe sempat jugak lah berpaut.. cuak jugak muka.. time tu dapat tengok kawan kawan sayang jugak kat saya.. hahaha so sweet... itu lah kenangan namanya.. dan pengajaran bila bus begerak jangan gatal gatal nak berdiri,, kan cam tu jadinya.. hee



sampai je dikilang kami di perkenalkan dengan seorang Chef yang dikenali sebagai abang uda.. comey jugak orangnya.. hahah mesti selalu makan coklat lah tu kan heheh..  walaupun museum chocolate tu tak besar mane,, tpi pengalaman dan kawan baru tu lagi bermakna.. hee






lastly saya harap.. dapat menyertai lagi aktiviti seperti ini.. insyaAllah... 

jumpa next entry :)


March 24, 2013

PELUANG KEDUA


Assalamualaikum..

hai.. selamat malam selamat beristirehat di ujung minggu.. harap sihat sihat sahaja okey..  mesti ramai oang diluar sana yang dapat agak apa itu peluang kedua.. mungkin ada yang pernah alami dan mungkin pernah terbaca dari blog blog yang selama ini telah menulis dahulu dari saya..



tapi peluang kedua untuk entry ini adalah peluang kedua yang terjadi pada diri sendiri.. terlalu banyak untuk  dicerita kan,, tetapi yang pasti saya telah melalui saat saat peluang kedua dalam kehidupan saya yang mungkin akan saya kenang sehingga nyawa dikandung badan..

terlalu banyak perluang kedua yang akan ramai orang pakai dalam kehidupan mereka tetapi yang paling selalu orang gunakan adalah peluang kedua dalam PERCINTAAN.. cinta itu indah bila kita sedang bahagia tetapi akan jadi pahit bila hati sudah terluka.

tidak kira lelaki mahupun perempuan.. setiap kesilapan yang kita lakukan kita akan sering dan ingin akan perluang kedua.. bagi yang bersungguh-sungguh mereka akan cuba menghargai peluang itu,, tapi bagi yang suka suka mungkin sebaliknya..

kebanyakkan manusia akan memberi peluang kedua kerana masih ada perasaan SAYANG dalam hati.. memang mudah melafazkan kata perpisahan tapi untuk menghilangkan rasa sayang itu tidak semudah untuk diungkapkan.. tetapi saya percaya.. setelah kamu memberi peluang kedua.. perkara yang susah untuk dipupuk semula ialah KEPERCAYAAN bukan.. terlalu sukar untuk mempercayai bahawa insan yang kita sayang dahulu tidak akan mengulangi kesilapannya.. jika ia berulang kembali...

dan pada ketika itu tidak akan lagi ada peluang ketiga.. peluang keempat dan seterusnya,,,

seperti itu jugak lah apa yang hati saya lalui ketika ini.. sebagai manusia biase saya hanya mampu berdoa agar segala dugaan akan berakhir tanpa menyeksa kan hati sesiapa.. kepada yang melukai igatlah..

PELUANG TIDAK AKAN DATANG BERKALI KALI..
jadi hargailah ia sebaik mungkin...

jumpa next entry :)

March 16, 2013

YANG TERINDAH HANYALAH SEMENTARA


Assalamualaikum..

hai sume ... selamat malam... happy? .. harap sume happy happy k...  sorry lah hari nie nak kongsi sikit entry yang tak berapa enak untung dibaca.. tpi entry nie  lebih khas untuk diri sendiri saja.. mungkin sebagai kenang kenangan..

dulu mula start buat blog.. sebab tengok ramai kawan yang ada blog.. kebanyakkan kawan lebih banyak buat blog untuk diari hidup mereka.. sama lah macam apa yang saya pikirkan.. saya tak mencari follower atau berharap untuk sentiasa di ikuti.. tpi apa yang ada sekarang saya bersyukur... saya pun mula dengan zero..

blog adalah tempat owang meluahkan perasaan .. bagi saya .. apa yang saya luahkan adalah lebih kepada kegembiraan hidup saya.. yang sedih sedih biase saya simpan dalam hati je.. hanya saya yang maha berkuasa sahaja yang tahu apa yang saya lalui..

tapi untuk kali yang terakhir kali ini.. biarlah saya luahkan segalanya didalam entry ini.. mungkin tidak sepenuhnya dengan apa yang saya rasa.. tpi bila suatu hari nanti bila ingin dikenang kembali sekurang kurangnya ada lah entry ini..



**** kegembiraan itu hanya lah sementra... apa yang kita nak tidak semestinya kita akan perolehi.. apa yang kita harapankan tidak semua akan menjadi kenyataan.. walaupun hanya dapat sedikit tempiasnya sekurang kurang ya saya gembira.. dapat merasa kasih sayang seperti owang lain..walaupun tidak mungkin berakhir dengan kebahagiaan..

pada jumaat, 15.3.2013.. gembiraan yang dirasai hanya tuhan yang tahu.. mungkin disebalik kegembiraan tu saya lupa padanya.. lupa akan dosa dan pahala.. disaat itu jugak lah mungkin sekarang saya diuji.. diuji untuk lebih tabah menghadapi segalanya.. mungkin apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya.. mungkin yang tercipta itu bukan yang terbaik untuk diri ini tapi ia sebagai satu pengalaman yang perlu dipelajari di masa akan datang... aku redha :(

kepada yang tersayang.. terima kasih kerana menjadi sebahagian dalam hidup ini selama 3 tahun.. pengalaman yang tak akan saya perolehi dari sesiapa selain awak.. kasih sayang.. pelindungan yang diberikan amat bermakna.. walau pun perit untuk menerima hakikat,,, tapi ini lah hakikat nya,, biarlah ia berakhir disini.. jika diteruskan mungkin tiada kasih sayang kepercayaan kejujuran dan perasaan bahagia seperti dahulu..

kepada yang demikian.. semoga berbahagia.. terima kasih untuk segalanya.. ****


March 12, 2013

SADIQ & ANIS


Assalamualaikum..

haii.. selamat malam.. hari nie nak sambung story sini yang hari tu pasal pasangan pengantin .. tapi kali nie sebelah pihak lelaki pulak pada 9.3.2013.. masuk hari nie dah hari yang ke 4 sorry lambat post entry sebab busy je sekarang.. heheh



okey back to story SADIQ & ANIS .. pada hari tu sangat meriah  rmai kawan kawan dari poli yang hadir. sama macam sebelah perempuan tapi lebih kepada kawan yang bercampur campur maksudnya macam budak kelas lain..okey tak faham " okey macam nie, kami satu kos kat poli dulu tapi ada 4 kelas.. jdi waktu tu dah tak kira dah kelas mane janji kami happy sambut pengantin..lebih kurang cam tu lah "..

time tu pengantin memakai tema berwarna "baby blue".. sangat sangat awesome .. hanya satu warna sahaja yang pengantin pakai.. kiranya tak salin baju lah.. lagi pun pihak lelaki buat kat dewan .. dewan kat gombak setia. not bad tempat dia tak berapa sejuk tak berapa panas.. just nice.. hehe.. kebetulan pulak pada hari tu pengantin lelaki kena demam campak.. itu apa yang mak pengantin lelaki lah bagitahu.. kesian kan.. sbb tu pengantin pukul 2 dah di suruh balik sebab takut berjangkit dengan tetamu.. hemm takpe lah tpi wedding still happening jugak..  nasib sempat tangkap gambar dengan pengantin.. hee

okey la tu saja kot nak ceter.. fon dah berbunyi pulak.. hahha saya akhiri macam biase lah k dengan gambar yang ada tak seberapa nie.. enjoy to see :









okey jumpa next entry :)

March 6, 2013

ANIS & SADIQ


Assalamualaikum..


hai semua.. selamat malam.. hari nie nak share sikit cerita pasal kawin-kawin.. bukan kawin kawin yang kita main macam zaman budak budak dulu, tapi nie kawin betul betul..bukan cobaaannn,,, heheh.. almaklumlah sekarang nie umur makin meningkat kan.. sume orang tak kira laki ke perempuan semua nak dan mahu begerak dari satu tahap ke tahap yang lain ..

dari mula kita bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, bujang pastu terus ke tahap kedua kawin, dah kawin nak ada anak dan seterusnya... sampai kita meninggal dunia kan.. jadi tak kira lah pada zaman sekarang ramai yang kawin muda.. bukan gelojoh tapi itu  namanya jodoh..

sama lah jugak dengan sahabat saya ANIS & SADIQ yang telah selamat di ijab kabulkan pada 2.3.2013 bersamaan hari sabtu yang lepas di sebelah pihak perempuan... alhamdulilah dah begelar PUAN & TUAN dah mereka.. heheh sebagai sahabat saya tompang gembira.. taniah..

SWEET

majlis pada hari sabtu tu memang sangat meriah ramai tetamu yang hadir jugak dari kalangan kawan kawan poli .. jadi sambil tengok pengantin dapat jugaklah buat reunion kecil kecilan.. sebab sekarang sume sibuk, ada yang belajar ada yang keja ada yang macam macam lagi lah heheh..

gembira sangat hari tu, lagi lagi dapat tengok pengantin yang awesome kebetulan pasangan memang kawan dari diploma.. kira mcam cinta politeknik lah ahahah.. so sweet kan .. 



okey lah dah malam esok ada kelas lagi.. saya akhirkan entry dengan beberapa keping gambar k.. sorry gambar tak berapa nak cantik,,, hahhaha









papaii jumpa next entry..  :)