March 31, 2013

MUSEUM CHOCOLATE


Assalamualaikum..

hai semua selamat malam.. selamat berhari minggu . hehe .. hope happy-happy saja okey.. tadi bersamaan dengan 30/3/2013, kumpulan Baksis 23 & 26 UPM telah mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang chocolate dekat damansara...



kami bertolak dalam pukul 9.30 pagi dari U, perjalanan yang amat menyeronokkan ada suka dan ada yang suspend sikit lah... hehe klau nak ceter yang happy memang sumenya happy sangat hari nie..  banyak pengalaman baru dan ini lah jugak kali pertama saya keluar mengikuti rombongan upm.. hahah macam kelakar tapi kenyataan.. tu maksudnya diri ni tak berapa aktif lah.. bukan pemalas tapi busy dengan aktiviti lain.. hee

perjalanan yang amat menyeronokkan dengan telatah drive bus yang happening kira boleh sekepala dengan penumpang.. tak jemu melayan kerenah penumpang penumpangnya.. heheh terima kasih pakcik.. Dalam happy happy tu ada jugak lah selit sikit suspent, mane taknya pakcik tu bawak bus macam F1, nasib baik saya tak tergolek pakcik.. hehe sempat jugak lah berpaut.. cuak jugak muka.. time tu dapat tengok kawan kawan sayang jugak kat saya.. hahaha so sweet... itu lah kenangan namanya.. dan pengajaran bila bus begerak jangan gatal gatal nak berdiri,, kan cam tu jadinya.. hee



sampai je dikilang kami di perkenalkan dengan seorang Chef yang dikenali sebagai abang uda.. comey jugak orangnya.. hahah mesti selalu makan coklat lah tu kan heheh..  walaupun museum chocolate tu tak besar mane,, tpi pengalaman dan kawan baru tu lagi bermakna.. hee






lastly saya harap.. dapat menyertai lagi aktiviti seperti ini.. insyaAllah... 

jumpa next entry :)


March 24, 2013

PELUANG KEDUA


Assalamualaikum..

hai.. selamat malam selamat beristirehat di ujung minggu.. harap sihat sihat sahaja okey..  mesti ramai oang diluar sana yang dapat agak apa itu peluang kedua.. mungkin ada yang pernah alami dan mungkin pernah terbaca dari blog blog yang selama ini telah menulis dahulu dari saya..



tapi peluang kedua untuk entry ini adalah peluang kedua yang terjadi pada diri sendiri.. terlalu banyak untuk  dicerita kan,, tetapi yang pasti saya telah melalui saat saat peluang kedua dalam kehidupan saya yang mungkin akan saya kenang sehingga nyawa dikandung badan..

terlalu banyak perluang kedua yang akan ramai orang pakai dalam kehidupan mereka tetapi yang paling selalu orang gunakan adalah peluang kedua dalam PERCINTAAN.. cinta itu indah bila kita sedang bahagia tetapi akan jadi pahit bila hati sudah terluka.

tidak kira lelaki mahupun perempuan.. setiap kesilapan yang kita lakukan kita akan sering dan ingin akan perluang kedua.. bagi yang bersungguh-sungguh mereka akan cuba menghargai peluang itu,, tapi bagi yang suka suka mungkin sebaliknya..

kebanyakkan manusia akan memberi peluang kedua kerana masih ada perasaan SAYANG dalam hati.. memang mudah melafazkan kata perpisahan tapi untuk menghilangkan rasa sayang itu tidak semudah untuk diungkapkan.. tetapi saya percaya.. setelah kamu memberi peluang kedua.. perkara yang susah untuk dipupuk semula ialah KEPERCAYAAN bukan.. terlalu sukar untuk mempercayai bahawa insan yang kita sayang dahulu tidak akan mengulangi kesilapannya.. jika ia berulang kembali...

dan pada ketika itu tidak akan lagi ada peluang ketiga.. peluang keempat dan seterusnya,,,

seperti itu jugak lah apa yang hati saya lalui ketika ini.. sebagai manusia biase saya hanya mampu berdoa agar segala dugaan akan berakhir tanpa menyeksa kan hati sesiapa.. kepada yang melukai igatlah..

PELUANG TIDAK AKAN DATANG BERKALI KALI..
jadi hargailah ia sebaik mungkin...

jumpa next entry :)

March 16, 2013

YANG TERINDAH HANYALAH SEMENTARA


Assalamualaikum..

hai sume ... selamat malam... happy? .. harap sume happy happy k...  sorry lah hari nie nak kongsi sikit entry yang tak berapa enak untung dibaca.. tpi entry nie  lebih khas untuk diri sendiri saja.. mungkin sebagai kenang kenangan..

dulu mula start buat blog.. sebab tengok ramai kawan yang ada blog.. kebanyakkan kawan lebih banyak buat blog untuk diari hidup mereka.. sama lah macam apa yang saya pikirkan.. saya tak mencari follower atau berharap untuk sentiasa di ikuti.. tpi apa yang ada sekarang saya bersyukur... saya pun mula dengan zero..

blog adalah tempat owang meluahkan perasaan .. bagi saya .. apa yang saya luahkan adalah lebih kepada kegembiraan hidup saya.. yang sedih sedih biase saya simpan dalam hati je.. hanya saya yang maha berkuasa sahaja yang tahu apa yang saya lalui..

tapi untuk kali yang terakhir kali ini.. biarlah saya luahkan segalanya didalam entry ini.. mungkin tidak sepenuhnya dengan apa yang saya rasa.. tpi bila suatu hari nanti bila ingin dikenang kembali sekurang kurangnya ada lah entry ini..



**** kegembiraan itu hanya lah sementra... apa yang kita nak tidak semestinya kita akan perolehi.. apa yang kita harapankan tidak semua akan menjadi kenyataan.. walaupun hanya dapat sedikit tempiasnya sekurang kurang ya saya gembira.. dapat merasa kasih sayang seperti owang lain..walaupun tidak mungkin berakhir dengan kebahagiaan..

pada jumaat, 15.3.2013.. gembiraan yang dirasai hanya tuhan yang tahu.. mungkin disebalik kegembiraan tu saya lupa padanya.. lupa akan dosa dan pahala.. disaat itu jugak lah mungkin sekarang saya diuji.. diuji untuk lebih tabah menghadapi segalanya.. mungkin apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya.. mungkin yang tercipta itu bukan yang terbaik untuk diri ini tapi ia sebagai satu pengalaman yang perlu dipelajari di masa akan datang... aku redha :(

kepada yang tersayang.. terima kasih kerana menjadi sebahagian dalam hidup ini selama 3 tahun.. pengalaman yang tak akan saya perolehi dari sesiapa selain awak.. kasih sayang.. pelindungan yang diberikan amat bermakna.. walau pun perit untuk menerima hakikat,,, tapi ini lah hakikat nya,, biarlah ia berakhir disini.. jika diteruskan mungkin tiada kasih sayang kepercayaan kejujuran dan perasaan bahagia seperti dahulu..

kepada yang demikian.. semoga berbahagia.. terima kasih untuk segalanya.. ****


March 12, 2013

SADIQ & ANIS


Assalamualaikum..

haii.. selamat malam.. hari nie nak sambung story sini yang hari tu pasal pasangan pengantin .. tapi kali nie sebelah pihak lelaki pulak pada 9.3.2013.. masuk hari nie dah hari yang ke 4 sorry lambat post entry sebab busy je sekarang.. heheh



okey back to story SADIQ & ANIS .. pada hari tu sangat meriah  rmai kawan kawan dari poli yang hadir. sama macam sebelah perempuan tapi lebih kepada kawan yang bercampur campur maksudnya macam budak kelas lain..okey tak faham " okey macam nie, kami satu kos kat poli dulu tapi ada 4 kelas.. jdi waktu tu dah tak kira dah kelas mane janji kami happy sambut pengantin..lebih kurang cam tu lah "..

time tu pengantin memakai tema berwarna "baby blue".. sangat sangat awesome .. hanya satu warna sahaja yang pengantin pakai.. kiranya tak salin baju lah.. lagi pun pihak lelaki buat kat dewan .. dewan kat gombak setia. not bad tempat dia tak berapa sejuk tak berapa panas.. just nice.. hehe.. kebetulan pulak pada hari tu pengantin lelaki kena demam campak.. itu apa yang mak pengantin lelaki lah bagitahu.. kesian kan.. sbb tu pengantin pukul 2 dah di suruh balik sebab takut berjangkit dengan tetamu.. hemm takpe lah tpi wedding still happening jugak..  nasib sempat tangkap gambar dengan pengantin.. hee

okey la tu saja kot nak ceter.. fon dah berbunyi pulak.. hahha saya akhiri macam biase lah k dengan gambar yang ada tak seberapa nie.. enjoy to see :









okey jumpa next entry :)

March 6, 2013

ANIS & SADIQ


Assalamualaikum..


hai semua.. selamat malam.. hari nie nak share sikit cerita pasal kawin-kawin.. bukan kawin kawin yang kita main macam zaman budak budak dulu, tapi nie kawin betul betul..bukan cobaaannn,,, heheh.. almaklumlah sekarang nie umur makin meningkat kan.. sume orang tak kira laki ke perempuan semua nak dan mahu begerak dari satu tahap ke tahap yang lain ..

dari mula kita bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, bujang pastu terus ke tahap kedua kawin, dah kawin nak ada anak dan seterusnya... sampai kita meninggal dunia kan.. jadi tak kira lah pada zaman sekarang ramai yang kawin muda.. bukan gelojoh tapi itu  namanya jodoh..

sama lah jugak dengan sahabat saya ANIS & SADIQ yang telah selamat di ijab kabulkan pada 2.3.2013 bersamaan hari sabtu yang lepas di sebelah pihak perempuan... alhamdulilah dah begelar PUAN & TUAN dah mereka.. heheh sebagai sahabat saya tompang gembira.. taniah..

SWEET

majlis pada hari sabtu tu memang sangat meriah ramai tetamu yang hadir jugak dari kalangan kawan kawan poli .. jadi sambil tengok pengantin dapat jugaklah buat reunion kecil kecilan.. sebab sekarang sume sibuk, ada yang belajar ada yang keja ada yang macam macam lagi lah heheh..

gembira sangat hari tu, lagi lagi dapat tengok pengantin yang awesome kebetulan pasangan memang kawan dari diploma.. kira mcam cinta politeknik lah ahahah.. so sweet kan .. 



okey lah dah malam esok ada kelas lagi.. saya akhirkan entry dengan beberapa keping gambar k.. sorry gambar tak berapa nak cantik,,, hahhaha









papaii jumpa next entry..  :)




March 1, 2013

I LOVE BABY


Assalamualaikum.

hai selamat malam semua.. harap sihat sihat saja.. sorry lama tinggal kan blog kesayangan kerana sibuk dengan aktiviti sem baru .. banyak benda nak kena urusan dengan jadual yang tidak teratur lagi.. pening pening tapi skng dah okey dah kembali normal.. hehe alhamdulilah

back to de story k... I LOVE BABY.. yup rite,,, saya seorang wanita yang sangat cinta akan kanak kanak.. tak dapat dinafikan bila saya terlihat kelibat baby baby yang comey lalu depan mata saya akan pandang dengan mata yang tidak bekelip kelip.. boleh dibayangkan macam pandang boy hensem yang lalu lah.. hahha

AQILA

tapi itu lah hakikat sebenar diri saya.. saya cinta akan kanak kanak bukan dari dulu lagi tapi baru baru sekarang sejak umur semakin meningkat.. saya tak boleh lihat ada baby yang comey pasti akan saya sentuh dah tenung muka dia kalau di beri peluang untuk cium saya akan cium.. tak melepaskan peluang lah.. haha..

HILMI

saya dan teman jugak minat akan kanak kanak mungkin sebab itu kami masih together gether.. hehhe yekot. sikap dia jugak telihat apabila melihat kanak kanak kami akan cakap satu perkataan yang sama iaitu COMEYY kan?? hehe.. 

AKIL

nak dipendekkan  cerita semester nie saya kena ambil satu subjek psychology pekembangan kanak kanak.. dalam subjek tu saya akan diberikan seorang kanak kanak berumur dalam 5 hingga 6 tahun untuk saya jaga dan perhatikan pekembangan dia.. sangat menarik bukan lagi bagi saya yang minak akan kanak kanak nie.. tak sabar rasanya nak bertemu mereka next week in Thursday ..

SAYA

lastly apa yang boleh diharapkan agar kanak kanak atau lebih dimesra dipanggil adik angkat lah akan memberi commencement yang terbaik buat saya untuk subjek ini,, agar subjek sem ini dapat memperolehi A di dalam final exam nanti.. insyallah.. Amin amin ya rabbal al amin ... :)

okey jumpa next entry .. papaiii