March 24, 2013

PELUANG KEDUA


Assalamualaikum..

hai.. selamat malam selamat beristirehat di ujung minggu.. harap sihat sihat sahaja okey..  mesti ramai oang diluar sana yang dapat agak apa itu peluang kedua.. mungkin ada yang pernah alami dan mungkin pernah terbaca dari blog blog yang selama ini telah menulis dahulu dari saya..



tapi peluang kedua untuk entry ini adalah peluang kedua yang terjadi pada diri sendiri.. terlalu banyak untuk  dicerita kan,, tetapi yang pasti saya telah melalui saat saat peluang kedua dalam kehidupan saya yang mungkin akan saya kenang sehingga nyawa dikandung badan..

terlalu banyak perluang kedua yang akan ramai orang pakai dalam kehidupan mereka tetapi yang paling selalu orang gunakan adalah peluang kedua dalam PERCINTAAN.. cinta itu indah bila kita sedang bahagia tetapi akan jadi pahit bila hati sudah terluka.

tidak kira lelaki mahupun perempuan.. setiap kesilapan yang kita lakukan kita akan sering dan ingin akan perluang kedua.. bagi yang bersungguh-sungguh mereka akan cuba menghargai peluang itu,, tapi bagi yang suka suka mungkin sebaliknya..

kebanyakkan manusia akan memberi peluang kedua kerana masih ada perasaan SAYANG dalam hati.. memang mudah melafazkan kata perpisahan tapi untuk menghilangkan rasa sayang itu tidak semudah untuk diungkapkan.. tetapi saya percaya.. setelah kamu memberi peluang kedua.. perkara yang susah untuk dipupuk semula ialah KEPERCAYAAN bukan.. terlalu sukar untuk mempercayai bahawa insan yang kita sayang dahulu tidak akan mengulangi kesilapannya.. jika ia berulang kembali...

dan pada ketika itu tidak akan lagi ada peluang ketiga.. peluang keempat dan seterusnya,,,

seperti itu jugak lah apa yang hati saya lalui ketika ini.. sebagai manusia biase saya hanya mampu berdoa agar segala dugaan akan berakhir tanpa menyeksa kan hati sesiapa.. kepada yang melukai igatlah..

PELUANG TIDAK AKAN DATANG BERKALI KALI..
jadi hargailah ia sebaik mungkin...

jumpa next entry :)

No comments:

Post a Comment

Komen jgn Tak komen!

1.komen tidak boleh berunsur "kotor" yek!
2.Komen lah berapa banyak, xde limit pun
3.sebarang pertanyaan n cadangan akan dipertimbangkan.
4.Klau rajin komen saya, saya pasti komen blog anda kembali.
5.Selamat berkomen - komen.