June 3, 2016

4 Tahun Sudah


Assalamualaikum..


hari nie merupakan hari terakhir kelas aku sepanjang 4 tahun di UPM... SEDIHHHHHnyaaa... tak sangka masa berlalu dengan pantas sangat. banyak kenangan terindah, suka, duka pahit macam-macam perasaan yang aku dapat rasa sepanjang menjadi mahasiswa.


Dr Yusmadi yah


Daripada aku kenal 3 orang kawan saja, sampailah aku boleh jadi rapat dengan semua kawan dalam kelas. memandangkan kami semua perempuan jadi kemesraan tu nampak lebih sikit. rasa sayang nak tinggalkan diorang, macam2 perangai yang aku kenal, dan mengenali diorang jugak buat aku kenal siapa aku.

Dengan diorang aku belajar banyak benda tentang diri aku,  macam mana aku nak handle aku punya perangai kelam-kabut, perangai cepat stress aku nie, perangai asik nak buat orang pening je..
kadang2 bila pikir balik macam kelakar jadinya. diorang jugak lah sahabat yang selalu ada kat belakang aku, saat aku perlukan aku harap petolongan diorang lah selalu bantu. terharu sangat...
untuk capai tahap sekarang aku rasa aku tak kan mampu klau aku bersendirian. mereka lah penguat semangat aku selain daripada mak dan abah bila aku kat sini.

Dr Izuan Hafez


Hari nie aku update blog nie khas untuk insan-insan yang aku sayang sepanjang 4 tahun aku di UPM. mereka penyeri, pengacau dan penyibuk bagi aku.. hehe aku sayang korang sangat-sangat. tanpa korang mungkin aku tak sekuat sekarang. aku akan rindu korang. korang segalanya bagi aku bila aku kat sini. 

Untuk sahabat yang paling rapat dengan aku selain daripada rakan sekelas, dari mula sem satu sampai lah sekrarang aku harap kita kawan sampai akhir hayat.. siti sharizan, nadiah asrar hamizah mazin, aku elissa sayang korang forever.. ingat aku dalam doamu.. hehe

Dekat Langkawi


Aku harap persahabatan kita semua tak berhenti setakat 4 tahun ini, aku harap kita kekal mengenali dan rapat hingga hujung nyawa. andai satu masa nanti aku travel ke negeri korang boleh lah korang belanja aku makan makanan special negeri masing2.. heheh to tujuaannya.. haha.. jahat... 


Andai umur kita panjang,, mungkin kita akan berjumpa lagi.. in sahaa Allah ada rezeki kita akan buat reunion k.. mungkin 10 tahun dari sekarang. yang berjaya nanti boleh lah bantu kawan-kawan yang lain.. 




Akhir kata, jangan lupa VIVA minggu depan ya sayang sayang ku.. kalau ada rezeki nanti aku akan update entry VIVA plak.. selamat mengulangkaji peperiksaan juga yang kawan-kawan, ada empat paper final, and tak lupa jugak nak wish selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan RAmadhan.. semoga kita semua dapat puasa penuh.. heheh .. Love from me..
in shaa Allah panjang umur kita ketemu lagi.. 
#roadtokonvo


Thank you siti sharizan belanja makan 1/6/16






February 29, 2016

29 FEB


Assalamualaikum.

hai semua.. hari nie dah nak masuk 2 minggu semester baru bermula.. rasa tak sabar nak habiskan sem terakhir di UPM.. hari nie hari paling bersejarah sebab kita semua sambut 29 feb 4 tahun sekali je kan. jadi tak nak lepaskan peluang nak tulis entry untuk tarikh nie. walaupun tak de apa yang menarik nak story, cuma nak share perasaan masa sekarang rasa tak sabar dan excited nak habiskan degree..

In shaa Allah harapan tinggi untuk semester ini harap lulus semua subjek lagi-lagi subjek nak buat FYP.. aminnnnn... semoga kenangan sem ini lebih manis daripada sem-sem yang lepas. lepas nie tak merasa dah perasaan as student, klau nak sambung master pun mybe ambil separuh masa. klau diIzinkan Allah,, In shaa Allah



okey lah semua.. doakan terbaik untuk kita and rakan-rakan ya.. harap kami semua dapat capai apa yang kami impikan selama ini.. in shaa Allah, jumpa next entry .. bye ..bye...

January 7, 2016

Selamat Tahun Baru


Assalamualaikum

Hai semua, selamat tahun baru 2016.. macam mana setakat dah masuk 7 hari dalam tahun baru, okey tak,, harap okey2 lah ya. kita okey je.. Esok last paper exam untuk semester seven nie.. hehe tak sabar dah nak balik rumah. tak tahu lah perasaan malas nie makin menebal plak skang. Alang-alang tengah malas nak baca nota,  update blog sikit lah. nak story ceter semalam. Semalam pi jalan-jalan makan angin kat taman. bukan taman bunga tapi taman yang selalu student upm lepak petang petang, namanya bukit expo.

Kat situ ramai orang kalau petang-petang, sambil tengok keindahan hijau dengan suasana petang yang indah dengan tumbuh-tumbuhan menghijau, sambil to boleh jugak cuci-cuci mata.. hahaha. manalah tahu ada jodoh. tapi macam biasa lahh.. hemmm tk de pun hehehe.. tak pe janji dapat rehatkan minda lepas dah abiskan 4 paper. rasa lega sangat, rasa macam beban yang selama ni dah jatuh sikit-sikit, tapi kalau tanya pasal result, kita berserah pada Allah s.w.t je lah k.. in shaa Allah yakin dengan apa yang kita dah usahakan.




Tak sabar nak habiskan paper esok lepastu nak holiday dengan family, holiday dekat rumah je kot, tak pe lah asal dapat tatap muka mak abah dah bahagia rasanya. cuma masalahnya sekarang nie lah dah mood malas nak study tu menjadi-jadi, paper esok boleh tahan susah gak, database.. semester dulu dah ambil database 1 nie database 2 lagi susah sikit lah. tapi try my best je apa yang boleh buat untuk masa sekarang, risau esok kalau soalan tanya teori memang blank sikit kot, sekarang pun rasa sakit kepala kat bahagian belakang tak tahu kenapa. harap sihat-sihat je lah. in shaa Allah

okey lah semua, nak tutup story entry kali nie, ada rezeki lagi jumpa kat entry next plak k. mybe dalam bulan 2.. sebab time cuti memang tak sentuh laptop..hehe harap sesiapa je yang baca entry nie dapat memanfaatkan tahun baru 2016 ini dengan kenangan  yang terindah  dan manis-manis okey.. aminnn. harap dapat jumpa lagi. all the best untuk apa je yang kita lakukan, semoga ia bermanfaat untuk diri kita sendiri dan orang lain, In shaa Allah, jumpa lagi bye :)
share sikit gambar ya.. hehe







December 31, 2015

Paper First di Akhir Tahun 2015


Assalamualaikum.

Hai semua, entry kali nie nak story sikit Final exam petang semalam pukul 2.30 ptg sampai 4.30 ptg. Ethic in computering. Macam biasalah study tetap study tapi nak dijadikan cerita apa yang baca tadi 1 atau 2 je soalan yang keluar sama, yang lain hemmm.. apa boleh buat dugaan sebagai pelajar. Yang 1 soalan to pun belum tentu tepat jawapannya. redha je lah.. doa yang baik-baik. in shaa Allah



Tinggal sehari je lagi nak masuk tahun baru 2016 jadi tak nak lah mula tahun baru dengan keadaan stress dan tetekan. Apa boleh buat sekarang cuba study terbaik untuk empat(4) lagi paper yang akan datang di tahun baru nie. Aku letak harapan yang tinggi setinggi tingginya agar pengakhiran atau penutup tahun 2015 adalah "the best in my life" dan boleh jadi kenangan manis buat aku. orang cakap bukak buku baru simpan buku lama, jadi kalau nak simpan sesuatu tu kita mesti nak simpan yang manis-manis je kan.. jadi tu lah harapan aku sekarang. Aminnn.



 Malam semalam lepas jawab first paper dapat pulak member baik hati belanja makan satey hihi. kawan macam memahami je bila tengah stress penawar terbaik adalah makanan, Alhamdulilah, murah rezeki kawan saya siti sharizan. hihi.. sedap jugak satey dapat lah lupa sikit kesedihan jawap paper yang tak pasti jawapanya to. sambil makan borak-borak , sambil to doa jugak lah agar Dr terang hati tanda kertas kami, lembut hati Dr nak bagi markah terbaik untuk paper kami. In shaa Allah. Think Positif..



okey lah, apa boleh aku conclude untuk pengakhiran tahun 2015 adalah satu tahun yang banyak kebahagian untuk aku, tak semestinya kebahagiaan dari segi cinta kan, tapi lebih kepada kasih sayang yang aku perolehi dari keluarga,kawan-kawan lama dan baru serta sahabat-sahabat yang sentiasa ada dengan aku susah senang sepanjang tahun 2015 ini.. kenangan aku yang tak mungkin aku lupa. hanya memori dan keping-keping gambar aku simpan sebagai kenangan. 

Semoga tahun baru 2016 lebih banyak sinar kebahgian untuk aku, dipanjangkan umur mak dan ayah, adik beradik dan aku sendiri, dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi dalam rahmat Allah, dan mana tahu jumpa jodoh pulak ke.. hihi in shaa Allah.. amin.. yang paling penting aku nak Graduate sama-sama kawan-kawan to yang penting sekali.. Aminn .. in shaa Allah.. okey lah semua jumpa lagi di entry tahun baru. mintak maaf salah dan silap ya.. bye-bye 2015

December 22, 2015

Final Exam Datang Lagi


Assalamualaikum semua

Hai.. aku sihat harap semua sihat-sihat jugak.. yang paling penting masih dapat rasa nikmat Allah yang luas di dunia ini. Malam nie nak buat entry pasal final exam come back. Semester ni aku sem 7 second last sebelum aku berjaya memengang segulung Ijazah. Itu lah impian aku sejak dapat result SPM lagi. Rasa tak sabar sangat, dalam masa sama rasa takut, sebab kita tak tahu apa dugaan cabaran dan segala-galanya yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk kita.. harap yang baik-baik sahaja. Aminn

Macam biasa lah setiap kali nak exam mesti ada minggu untuk study week kan.. Jadi minggu nie lah minggu tu, kali ini punya study week aku buat keputusan untuk study dulu memandangkan nanti family nak pergi holiday sikit time cuti 24.12 dan 25.12 to. dan aku harap aku tak menyesal dengan keputusan yang aku buat nie..In Shaa Allah.. cuma nak cakap, Perasaan gemuruh setiap kali nak jawap exam to bukan masa paper depan mata tapi masa kita tengah cuba nak manfaatkan cuti seminggu study week untuk pulun semua nota-nota 14 minggu sepanjang kita dalam kelas. 

Macam to lah perasaan aku sekarang ni, hanya Allah sahaja tahu,  lagi-lagi bila dapat tahu carry mark yang 60% to pun nyawa-nyawa ikan lagilah bertambah takut. Tapi iu lah realiti kehidupan, kadang kita di atas, dan kadang kita akan dibawah. tapi aku selalu ingatkan diri aku bahawa Allah tak kan menduga Hambanya kalau hambanya tak mampu.



Sebagai hamba Allah dimuka bumi ini aku hanya mampu berusaha , berdoa, tawakal dan redha dengan apa sahaja keputusan yang aku akan dapat nanti. Think positif walaupun susah tapi inilah impian aku, tinggal lagi selangkah aku nak capai impian yang selama ini aku nak, kalau dulu aku boleh kuat kenapa tak sekarang kan. 

Jadi harapan aku tinggi untuk semester nie, nak lulus semua subjek, boleh buat FYP tahun depan dan paling penting nak sama-sama bergraduat dengan kawan-kawan seperjuagan aku. Aminn...semoga Allah permudahkan segalanya..

October 21, 2015

Photo shoot Classmate


Assalamualaikum

hai semua.. hari nie nak story aktiviti deep sikit .. semenjak dua menjak nie makin kerap plak take a selfie. tak tahu lah kenapa. hehe mungkin sebab nak final year kat upm kot. nak simpan picture y buruk-buruk, gedik-gedik, ngade-ngade sebagai kenang kenangan. sebab terpikir satu pekara, mungkin satu hari nanti bila dah tua boleh bagi cucu-cucu tengok nenek dia nie suka selfie. hahahha.

kebetulan plak, classmate plan nak buat temu janji untuk photo shoot satu kelas, alhamdulilah semua classmate dapat hadir tak macam photo shoot masa third year dulu. kali nie nampak lebih teratur and semua pic nice, tambah tambah plak skng musim jelebu, ala ala berkabus plak, padahal cuaca tak sihat tuk kesihatan hehe..



kat sini nak share sikit lah dalam 2 keping gambar jee.. mana tahu satu hari nanti nak kenang balik zaman bujang bujang boleh bukak page nie balik.. bukan setakat tgok gambar je, boleh ingat sekali tarikh and tahun ambik gambar nie. sebenarnya rasa excited sangat nak abiskan study nie.. rasa dah tak sabar-sabar sangat.. tapi kadang kadang rasa sedih jugak, sebab sebelum happy ending kita kena lalui pahit nya kan. Tapi tak pe tanam dalam hati yang kita yakin dan pasti akan tamatkan ijazah nie dengan jayanya.. Aminnnn...

To all my classmate semoga kita sama-sama memengang segulung ijazah pada tahun 2016 . susah payah kita bersama tak akan dilupakan sampai bila bila. lastly, semoga perkenalan kita semua kekal jugak sampai akhir hayat. aminn
Thanks you my sweet classmate. All Girls..



October 3, 2015

Rasa Putus Asa


Assalamualaikum

Alhamdulilah.. dapat jugak menulis setelah sekian lama.. kuatkan jugak semangat nak menulis mungkin dengan cara ini boleh dapat semula kekuatan diri. Tahun nie tahun akhir sebelum nak tamatkan my degree. lama sangat dah tunggu saat-saat nie datang, kadang-kadang rasa cepat jugak masa berlalu, kadang-kadang rasa lamanya masa nie. itu lah perasaan pada masa sekarang bercampur-campur. happy ada sedih ada, diri sendiri pun rasa confius dengan diri sendiri sebenarnya.

Tak tahu macam mana nak mula. yang pasti semester nie rasa sikit down, tak tahu lah kenapa, mungkin subjek tahun nie susah sangat kot. dengan software engineering nya, polisi dan undang-undang, ethic dalam pengomputeraan nyaaa.. ahhhh semua lah.. rasa down sangat sangat.. dengan nak layan perasaan cinta lagi.. hehe. perasaan rindu perasaan sayang.. banyak sangat perasaan.. stresssssss!!

tapi bila pikir pikir balik ini lah dugaan dalam kehidupan.. semakin kita nak capai ke puncak pasti akan ada dugaan yang akan buat kita rasa putus asa nak tamatkan pendakian. sebab tu sekarang dah mula banyangkan bertapa indahnya keindahan di atas puncak. jadi semangat nak abiskan juga pendakian pastikanya akan terasa makin kuat walaupun payah.


okey lah,, berharap sangat dengan entry nie dapat menambahkan semangat dan motivasi dalam diri. ingat selalu bahawa Allah swt tak akan uji kita luar dari kemampuan kita. jadi apa pun dugaan kena selalu kuat dan sabar. semoga satu hari nanti bila baca balik entry nie masa tu diri sendiri sedang berada di atas puncak melihat keindahan ciptaNyaa.. Indahnyaaa Aminn.. 


GO..gooo..gooo elis... :)

May 22, 2014

TERUJA


Assalamulaikum..

hai lama sungguh tak sentuh blog nie.. malas tahap melampau sangat nak menaip nie. lebih sebulan jugak lah.. sampai hari jadi orang tu pun saya lupa nak update.. Tak de lah wish tuk 2014 nampaknya kena tunggu tahun depan lah ya.. in shaa Allah..aku nie busy macam bukak bisness berjuta-juta.. hihi.. memang betul2 busy sangat.. nak focus banyak benda.. dah macam orang tua yang banyak benda nak kena pikir.

Tapi apa boleh wat tu lah namanya tanggungjawap sebagai seorang pelajar. pejam celik masa selalu mencemburui aku.. bukan aku je lah tapi kita. ku sangka kan panas sampai ke pentang rupanya hujan ditengahari.. cehhh wahhh.. siap beperibahasa bukan apa entry kali nie nak ceter pasal my bff i sorang nie.. nama dia UNA.. dia nak kahwin!!!

Tak boleh jadi nie.. aku ingat aku lah dulu antara geng-geng.. rupanya dia nak pecah kan rekod yang kita orang telah cipta.. nak wat cam ne itu lah dinamakan jodoh.. Amin.. alhamdulilah tinggal 1 minggu je my Bff tu nak kawin dengan jejaka pilihan hati dia Encik Adam..

sebagai kawan aku doakan dia bahagia hingga akhir hayat.. banyak suka duka yang telah aku dan dia lalui bersama.. semua tu akan jadi kenangan yang abadi.. sempat jugak kita jumpa-jumpa hari tu sebelum dia bergelar isteri orang.. lepak dekat putrajaya sambil makan sandwish yang dia wat.. hehe rasa happy dan rindu zaman-zaman belajar diploma sama-sama dulu..





lepas lepak tu una kasi terus kad jemputan kawin dia.. In shaa Allah, 31.MAY.2014 nie bergelar lah dia sebagai Puan Husna.. aku sebagai kawan mendoakan yang terbaik tuk awak k.. thanks atas jemputan tu.. In Shaa Allah sampai nanti aku ke wedding kamu.. hehe




Apa-apa pun nak wish una Selamat Pengantin Baru.. jadi isteri yang soleha k Amin... semoga bahagia sehingga ke Jannah..

March 4, 2014

SELAMAT HARI LAHIR EMAK


Assalamualaikum

Hai lama tidak ketemu.. hari ini merupakan hari bersejarah buat seorang insan yang paling aku cintai kerana menyambut Ulang Tahun Kelahirannya yang ke-50 tahun.. aku sangat mencintainya. Tiada siapa dapat mengantikannya.. Dia lah yang pertama dan terakhir sepanjang hayat ku..



Emak.. adik harap adik dapat berbakti kepada emak sehingga akhir hayat Emak. "Ya Allah, Ya Tuhan ku engkau yang maha pengasih maha penyayang maha mendengar segala rintihan suka dan duka umat-umat mu.. engkau panjangkan lah usia emak ku agar aku dapat berbakti kepadanya, agar aku dapat mengembirakan nya dan dapat membahagiakan nya serta menjadi anak yang soleha disisinya.. amin.. amin ya rabal al-amin"...

Walaupun pada masa ini tidak dapat berada dirumah tapi aku dapat merasakan gembiran emak menyambut hari lahirnya dengan hadiah kek hari jadi dari kakak abang dan adik.. semoga Emak serta Abah dan seluruh keluarga ku sentiasa berada didalam lindungaNya selalu.. Amin...


Apa yang boleh diharapkan semoga adik diberikan kesempatan untuk membahagiakan Emak dan Abah kelak.. Adik akan belajar sehabis baik dekat sini sehingga adik boleh memengang segulung Ijazah.. Emak Selamat Hari Lahir yaaa.. dari anakmu elissa... **maaf lewat buat entry terlebih sehari.. hari jadi emak 3.3.2014.. Happy Birthday Mom..

February 14, 2014

HAPPY BIRTHDAY TO ME



Assalamualaikum.

SELAMAT HARI JADI BUAT DIRI SENDIRI YANG KE-23 TAHUN


Wish : Mengharapkan sesuatu yang baik buat diri ini .. Menjadi yang terbaik buat Kedua Ibu dan Abah.. Berjaya dlam hidup dan Pelajaran.. diMurahkan Rezeki.. Bahagia Selalu.. In Shaa Allah.. Amin ya Rabbal Al Amin..

Selamat Hari Lahir :)

January 1, 2014

TAHUN BARU, BISMILLAH



Assalamualaikum..

hai.. selamat tahun baru 2014.. tidak ada apa yang dapat dirasai melainkan rase syukur dan gembira. dimulakan tahun baru ini dengan peperiksaan akhir, sama seperti tahun baru yang dahulu. semoga daku dapat menjawap segala soalan yang diberi dengan tenang, mudah, dan yang paling penting segala usaha itu diberkati.. in shaa Allah. Amin ..


SELAMAT TAHUN BARU :)



December 31, 2013

ENDING 2013


Assalamualaikum.

hai.. baru jumpa semalam.. hari nie nak tulis pasal entry di akhir tahun 2013. kita akan selalu cakap cepatnya masa berlalukan.. tapi tuu lah kenyataan hidup sekarang. saya baru lepas baca entry penutup saya pada 2012. tengok skang saya nak tulis entry penutup 2013 plak.. terasa mcm kemarin je baru masuk tahun baru.. 

itu lah hakikat kita sebagai manusia dimuka bumi.. apa yang paling saya bersyukur pada tahun 2013 saya masih dikurniakan kasih sayang dari kedua ibu dan bapa saya.. alhamdulilah.. semoga mereka sentiasa dipanjangkan umur agar saya diberi peluang untuk membahgiakan mereka. amin.. masih jauh lagi pejalanan hidup saya masih banyak lagi yang harus saya tempuh dalam tahun baru 2014 nanti.


walaupun tahun 2014 merupakan tahun yang cantik dalam hidup saya kerana tarikh lahir saya pada 14.02. jadi pada tahun ini akan jatuh lah tarikh yang menarik 14.02.14 .. alhamdulilah. harap saya diberikan kesempatan untuk meraikannya disisi bonda, ayahda, dan keluarga tercinta. 

apa yang boleh saya kata kan tahun 2013 adalah tahun yang sangat mencabar dalam kehidupan saya bergelar gadis 22 tahun. tahun ini lah saya meneruskan penjalanan baru sebagai student kembali tetapi dengan gelaran yang lebih tinggi. dalam usia yang semakin meningkat harus bersaing dengan pelajar pelajar yang lebih muda dan bijak dalam pelajaran mereka. dan itu lah yang harus saya tempuh sehingga tahun 2016 nanti. in shaa Allah..

jika dipikirkan kembali ada baik nya jika masa itu berlalu dengan pantas. agar saya diberikan peluang untuk membantu keluarga. tidak lagi membebankan malah memudahkan urusan mereka.

 akhir kata,,, saya sebagai insan biasa,,, ingin berterima kasih kepada insan insan dan teman teman yang telah muncul dalam hidup saya sepanjang tahun 2013  ini..  insan dan teman itu yang banyak memberi inpirasi kepada saya untuk menjadi manusia yang lebih baik dan berdikari.. terima kasih..

kenangan dalam tahun 2013 akan sentiasa dikenang dan akan menjadi satu kenangan yang boleh mematangkan diri supaya menjadi insan yang lebih baik disisi Nya, keluarga , rakan rakan dan insan insan yang baru yang bakal muncul pada tahun 2014 kelak.. amin..


in shaa Allah.. jika dipanjangkan umur saya akan terus menulis blog dan entry kisah hidup saya sepanjang tahun 2014 pula.. walaupun sedikit tapi itu lah kenangan abadi saya buat diri ini dan insan yang mengenali diri ini... TERIMA KASIH dan JUMPA LAGI DI TAHUN BARU 2014. papaii...

December 30, 2013

FINAL COME AGAIN



Assalamualaikum.

Hai.. heee lama sungguh tak sentuh and update my blog. dekat sebulan jugak.. memang terlalu busy dan tak ada masa langsung tangan nie nak menaip cerita-cerita menarik.. kalau boleh nak hari hari update. supaya adalah kenangan tapi apa kan daya..

lepas satu satu peristiwa yang terjadi.. sedar tak sedar dah start balik final exam macam semester semester yang lepas. cepat betul masa belalu.. tapi elok lah jugak tak sabar dah nak abis belajar nak merasa pengang duit sendiri plak kan.. boleh beli kereta "Vios"... hee my dream car.

okey okey.. dah banyak melalut plak.. yelah tangan nie tak boleh kasi peluang menaip, kalau dh dapat menaip ada je nak cakap.. klau tak menaip senyap sampai sebulan.. heee...okey bebalik kepada tajuk entry,, final exam semakin hampir dan 2013 pun hampir melabuh tirainya. apa yang boleh dikatakan perasaan pada saat ini adalah sangat takut. walau sebenarnya belum start satu pun nota yang nak study.

itu lah hakikat bila bergelar sebagai seorang pelajar, bila dah dapat result nt baru nak menyesal.. harap harap bukan pada diri ini In Shaa Allah.. Amin... sem nie start awal tahun baru jee dengan paper pertama pada 2.1.2014. Paper Nutrient. kemudian 8.1.2014 , yang nie berat sungguh nak bagitahu mane tak nya ada 3 paper skali gus dari pagi sampai petang.. berat mata memandang berat lagi bahu saya nak pikul.. apa kan daya.. semua kena diteruskan dengan usaha, doa, dan tawakal. terakhir sekali 1 paper pada 10.1.2014 malam.. 



Buat masa skang saya kena ubah sikap kena lebih bukak buku dari bukak Fb, blog, itu ke ini ke.... supaya saya tak kecewakan harapan abah mak yang selalu mendoakan kenjayaan anaknya ini.. In Shaa Allah saya akan cuba buat yang terbaik.. "jika saya yakin saya boleh saya pasti boleh melakukan yeah!!". okey jumpa lagi k.. doakan kejayaan saya untuk penutup 2013 ini dengan jayanya.. amin.. papaiii...




November 19, 2013

THREE YEARS


Assalamualaikum.

sorry sebab lama tinggalkan blog.. dan tiba tiba muncul bagi entry tajuk pelik plak.. tak pe lah mungkin awak awak semua tak perlu tahu lebih detail.. biar hati ini sahaja berbicara hihi..

back pada entry.. saya nak ucapakan terima kasih kepada insan yang tersirat dalam penulisan entry saya hari nie.. terima kasih banyak banyak atas segala pengalaman terindah, pahit, manis, tawar, riang dan kecewa yang telah awak ukirkan dalam hati saya.

 hanya itu jee ucapan yang mampu saya ungkapkan pada waktu skng,, masa berlalu dengan pantas tanpa saya sedari ia sudah berlalu sehingga ke tahap ini,, terima kasih.. saya berharap semakin banyak masa yang dilalui bersama semakin banyak lah pengalaman dan kenangan yang akan kita cipta. in shaa Allah. harap ia berlalu dengan manis dan halal disisinya.

lastly,, thanks you so much for every thing AA..

October 21, 2013

SEDIKIT ILMU CINTA


Assalamualaikum.

hai semua.. lama tak jumpa.. sorry saya busy dengan Test dalam masa seminggu yang padat dan sangat sangat lah padat. After abis test tiba-tiba mood cinta tertiba. adakah sudah jatuh cinta?.. ohhh yeke? hahah entah lah mungkin jugak.. tapi apa yang sangat menaarik nak dikongsi dalam blog sendiri memandangkan sejak kebelakangan ini tak de topic menarik nak disampaikan,, jadi saya ceter lah sikit ilmu cinta yang saya dapat dari Teman tapi Mesra saya hihi.. selamat membaca.



TANDA LELAKI SAYANG KITA SEBAGAI TEMAN WANITANYA

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Sumber dari : Gempak.org


okey itu saja dari saya elissa untuk entry kali ini.. renung-renungkan ya dan selamat mengelamun buat diri sendiri adakah Ciri-ciri diatas ada pada Kekasih saya ya.. hihi entah!! harap-harap lah ada, klau ada bahagia smpai jingjang pelamin dan akhir hayat.. wink..wink **
 jumpa lagi next entry.. papaiii

October 6, 2013

AIR MATA


Assalamualaikum..

Hai semua.. hari nie tangan sibuk nak menulis kenangan semalam 5.10.2013 walaupun tahu esok ada test 1. patutnya tumpukan pada study kan tapi apa kan daya entry yang nak ditulis nie terasa terlalu istimewa kalau tak ditulis rase menyesal dikemudian hari bak kata perpatah masa yang lalu tidak dapat berpatah kembali hanya kenangan yang akan disimpan abadi..

Back dengan tajuk entry rasanya sesuai kot tajuk tu,, sbb dah tak de idea nak buh tajuk apa dah,, biarlah air mata siapa,, mengapa dan dimana hanya tuan punya blog yang tahu dah Tuhan yang maha esa..


Apa pun terlebih dahulu ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga atas segala pengorbanan yang telah dilakukan demi kebahagiaan ini.. air mata yang jatuh dipipi itu akan cuba dijadikan kenangan dan semangat untuk mempertahankan apa yang telah terbina sekarang.



Tak de apa yang menarik tetang entry kali ini cuma ingin dijadikan kenangan buat diri sendiri agar bila sudah tiada nanti masih boleh dikenang oleh orang dan insan tersayang. ribuan terima kasih untuk hari yang terindah buat diri ini. Pesanan ikhlas dari hati : "mohon agar suatu hari nanti tajuk & tujuan entry ini untuk siapa akan terasa.." 

October 2, 2013

SEMOGA BERJAYA ADIK


Assalamualaikum.

Hai semua.. hari nie nak wat entry tuk adik tersayang.. hari nie pengalaman pertama dalam hidup dan pengalaman seumur hidup dia menghadapi  Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). apa yang boleh dikatakan oleh seorang kakak kepada adik ialah lakukan yang terbaik, semoga keputusan peperiksaan nanti boleh mengubah masa hadapan anda k sayang..


Harap-harap dapat buat yang terbaik, usaha, doa dan tawakal okey. bila bejaya nanti boleh masuk sekolah berasrama penuh atau MRSM. dari situ akan dapat banyak pengalaman tentang erti kehidupan, dan boleh bergaul dengan orang orang yang cintakan ilmu.

Apa pun sorry kakak tak telipon semalam, sbb betul betul lupa ingatkan minggu depan PMR nya tuu.. hehe.. thanks jugak sebab call kasi tahu balik.. kakak kat sini doakan yang terbaik untuk Effa k. banyak kan Selawat, dan buat lah apa yang termampu klau kita betul2 usaha ingin berjaya, Allah pasti akan menolong kita. Insyallah.. 

untuk kawan-kawan adik-adik yang sebaya dengan adik saya, saya doakan semoga tenang didalam dewan peperiksaan nanti.. lakukan yang terbaik untuk masa hadapan anda. Masa anda sekarang!! akan menentukan masa hadapan anda nanti... To effa : good luck and I always Love You :)


October 1, 2013

WELCOME OCTOBER


Assalamulaikum.

Hai my blog.. sorry lama tak sentuh dan menaip, telalu busy lepas start semula kelas. busy balik tiap-tiap minggu, busy memikirkan masalah, busy makan, busy basuh baju,, sume lah busy sebab tuu tak de masa untuk awak k.. saya mintak maaf.. hehe

Pejam celik pejam celik busy punya busy rupanya dah masuk bulan october.. memang cepat masa berlalu betullah lah cakap pensyarah hari tu bila kita tengah belajar nie lah kita akan rase masa itu berlalu dengan panntas sekali, sekarang pun dah second years kat sini.. dah second time taking a examination. so so fast!!

Minggu depan minggu kelima kat sini, minggu yang paling lemah, lemah segalanya ... lemah tenaga untuk perah otak, bukan apa Test 1 akan tejadi pada minggu itu.. dalam keadaan yang excited nak balik time tuu lah ada ujian yang payah.. berat rasenya bila tahu semua subjek sem nie agak lah S.... haisshh..

Minggu nie lah jugak ada hal nak jumpa kawan-kawan lama yang dah lama tak jumpa.. berat nak buat keputusan. walaupun tahu Test lagi penting tapi hati meronta-ronta hendak berjumpa.. klau lah diri boleh dibahagi kan 2 , satu study untuk test satu gi lepak ngan kekawan.. tapi apa kan daya kena wat keputusan yang tepat jugak..



Apa pun harap.. apa yang akan berlaku dalam test pertama nanti harap hati ini boleh redha.. dan boleh lakukan yang terbaik untuk masa hadapan, sebab Test 1 nie lah penentu keputusan Final nanti.. yang boleh diucapkan untuk entry kali ini Selamat Datang October, semoga awak menjadi yang terbaik untuk saya.. Amin..



September 9, 2013

Engagement 2



Assalamualaikum..

Maaf lama sungguh tidak mengupdate cerita-cerita terkini selama 2 bulan.. bukan apa ini kerana sikap yang terlalu malas kerana terbawa bawa mood mood cuti sem bersama sama.. hihi.. setelah 2 bulan berehat saya terlah membawa berita gembira untuk my.blog..

Tengok tajuk pun dah tahu kan... cume dia dalam bahasa orang putih je lah.. setelah genap setahun engagement berlalu pada 18.09.2012 , saya membawa semula khabar gembira untuk engagement versi 2.. untuk memendekkan cerita yang pasti dan paling tepat ia bukan engagement saya,, hihihi..

Berbalik kepada tajuk.. pada 7.september.2013 bersamaan hari sabtu yang lalu Husna Hafiza Binti Salleh atau lebih dikenali dengan panggilan Una telah pun selamat menjadi tunang orang.. taniah sayang i ucapkan.. sorry tak dapat datang.. apa-apa pun segala teka teki kita berenam telah pun terjawap apabila antara kita awak lah yang dulu ya.. hihi.. 




sekali lagi ucapan taniah dari saya.. kita mula berkawan dari umur kita 19 tahun di Politeknik Sultan Idris Shah. banyak kenangan manis dan pahit kita bersama dan kini awak telah pun bergelar tunang kepada Encik Adam. tiada apa yang dapat diucapkan selain ucapan, sekalung taniah dan insyallah pada hari berbahagia awak nanti kami berenam akan bersama-sama dengan awak diatas pelamin yang indah,,, itu sudah pasti.. hihi.. taniah sayang..

Inilah kami berenam.. cantik cantik kan 


Lastly... husna dan adam semoga tabah menghadapi dugaan semasa bertunang dan semoga kita berjumpa dijinjang pelamin anda nanti.. I miss You Husna Hafiza.. tahniah...


Jumpa di next entry.. papaiiii


July 10, 2013

FIRST RAMADHAN


Assalamualaikum

hai sume... selamat berpuasa kepada seluruh umat islam didunia .. semoga ramadhan kali nie lebih baik dari tahun sebelumnya okey..

selamat berpuasa..