November 30, 2012

Gagal Sekali Bukan Gagal Selamanya



Assalamualaikum..

Hai.. hari nie elis nak buat satu entri untuk diri sendiri.. supaya lebih menyedari akan kesilapan yang telah elis lakukan.. jika sikap ini tidak di ubah dari sekarang nanti elis takut akan lebih hanyut dengan kelalaian dalam pelajaran.

tak nak story panjang mungkin dengan membaca article ini korang akan lebih faham tentang apa yang cuba elis sampaikan.. semoga article ini menjadi pengajaran buat diri elis sendiri amin... ya allah.

____________________________________________

Salam...dulu, masa sy di IPTA, sy dilanda perkara yg sama;
1. saya kurang minat course yang di ambil
2. saya selalu fail subjek-subjek tertentu (waktu kuiz dan test)
3. persekitaran yang kurang memberangsangkan (kawan-kawan selalu ajak keluar makan, minum, lepak-lepak, dll)

Dah tak tahan, saya jumpa ketua jabatan, beritahu yang saya mahu keluar. Tapi, beliau tidak membenarkan. Alhamdulillah, keputusan itu tepat. Beliaulah yang banyak membimbing saya, memberi kata-kata semangat. Setiap subjek yang saya lemah, saya akan rapatkan diri dengan pengajar. Saya terus terang beritahu yang saya lemah dan minta 'special attention'. Alhamdulillah, cara ni berkesan buat diri saya. Saya kerap jumpa pensyarah di waktu kelapangan.

Kemudian, datang masalah lain pula. Kadang-kadang, bila dah belajar gila-gila, result pula kurang memberangsangkan. Sepatutnya, dapat A, kita dapat C pula...aduhai...sedihnya!...Seorang teman belajar saya, seoranag cina selalu bertanya kepada saya;

"Kita dah belajar bersungguh-sungguh, tapi masih tak dapat A...sometime I rasa give up..."

Then saya jawab;

"Mungkin sekarang kita tak dapat apa yang kita nak, mungkin kita akan dapat kemudian..."

Memang betul saya kira penyataan saya kerana Allah permudahkan urusan kami dalam mencari kerja. Baru habis belajar dan belum grad, tapi alhamdulillah kami dah dapat kerja. Mungkin Allah balas usaha sungguh-sungguh kami sewaktu belajar dulu dengan mudahnya dapat kerja...Alhamdulillah!!!

So, kepada adik, jangan mudah putus asa. Yakin dengan rahmat Allah. Jangan pedulikan ajakan kawan ke arah yang akan ganggu pelajaran adik, usaha bersungguh-sungguh (cikgu saya pesan pada saya, belajar biar sampai muntah), dan tawakal pada Allah...Gud luck ok!

________________________________________________________


semoga apa yang terjadi menjadi pengajaran buat KAU untuk berubah menjadi yang lebih baik.. berubah lah elis sebelum KAU terlambat.. :(




No comments:

Post a Comment

Komen jgn Tak komen!

1.komen tidak boleh berunsur "kotor" yek!
2.Komen lah berapa banyak, xde limit pun
3.sebarang pertanyaan n cadangan akan dipertimbangkan.
4.Klau rajin komen saya, saya pasti komen blog anda kembali.
5.Selamat berkomen - komen.